BENGKEL


Pusat Internet Kampung Taee telah menganjurkan Kursus Keusahawanan Kraftangan Manik kepada 31 orang peserta yang terdiri daripada bakal usahawan kraftangan manik seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 13 Julai 2019
Masa: 10 pagi hingga 4.30 petang.


Pusat Internet Kg Taee menganjurkan Kursus Keusahawanan Manik untuk pencinta kraftangan manik. Tango Moden ialah inspirasi kepada 'Marek Empang' yang telah dimodenkan menggunakan manik dan corak baharu.

Tango ini digunakan sebagai perhiasan diatas dada atau bahu kaum wanita. Ia bukan sahaja cantik digayakan, Tango juga sesuai dipadankan dengan baju plain untuk majlis makan malam, perkahwinan dan sebagainya.

Pusat Internet Kg Taee bekerjasama dengan PMY Collection untuk menjadi pengajar iaitu Pn. Priscilla Micheal dan En. Mike Redway.

Antara aktiviiti yang dilakukan ialah:

1. Advokasi Tidak Pasti Jangan Kongsi.

2. Sesi Praktikal Membuat Tango.

3. Belajar Cara Mengambil Gambar Produk

4. Perkongsian Kisah Kejayaan Pn. Priscilla.

ika anda ingin membuat Kelas Kraftangan Manik seperti ini, anda boleh berhubung dengan PMY Collection (+60 19-844 2113). Beliau bukan sahaja guru Manik, tapi pembekal dan pengedar aksesori Manik dan barang-barang perhiasan moden dan tradisional.
Penglibatan: 31 orang (termasuk pengajar)


Tarikh: 18 Ogos 2019 (Ahad)
Masa: 1100 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet Kg Taee, Sarawak
Penglibatan: 15 orang (termasuk pengajar)

Pusat Internet Kg Taee menganjurkan Kursus Keusahawanan Manik untuk pencinta kraftangan manik. Ini adalah Siri Kedua untuk Modul Asas Aksesori Bidayuh selepas Siri 1 yang berlangsung pada bulan Julai yang lalu. Kali ini, PMY Collection mengajar Rantai Manik Bidayuh dan Subang "Teasel" kepada peserta yang mengikuti kursus ini.

Bukan itu sahaja, PMY Collection turut berkongsi idea, corak dan juga inspiriasi kepada peserta tentang dunia perniagaan manik. Peseta juga didedahkan dengan fungsi Pusat Internet yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan internet, tetapi kami juga menawarkan Kursus Keusahawanan yang bermutu serta berkualiti untuk masyarakat setempat.

Pusat Internet Kg Taee bekerjasama dengan PMY Collection untuk menjadi pengajar iaitu Pn. Priscilla Micheal dan En. Mike Redway. Mereka ialah Usahawan berjaya dan berasal daripada kampung Taee. 

Antara aktiviiti yang dilakukan ialah:

1. Advokasi Klik Dengan Bijak

2. Sesi Praktikal Membuat Rantai dan Subang.

3. Belajar Cara Pemadanan Warna mengikut Corak.

4. Perkongsian Kisah Kejayaan Pn. Priscilla.

Jika anda ingin membuat Kelas Kraftangan Manik seperti ini, anda boleh berhubung dengan PMY Collection (+60 19-844 2113). Beliau bukan sahaja guru Manik, tapi pembekal dan pengedar aksesori Manik dan barang-barang perhiasan moden dan tradisional. 


Pusat Internet Kg Bunan Gega, Sarawak dengan kerjasama P. M. Y Collection akan menganjurkan Kursus Keusahawanan Kraftangan Manik (Asas Aksesori Bidayuh) seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 September 2019 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Bilik Latihan PI Kg Bunan Gega, Sarawak
Yuran: RM35.00 (Ahli PI Kg Bunan)/RM40.00 (Bukan Ahli)

Sijil dan bahan disediakan!




KURSUS KEMAHIRAN 2 HARI DITAJA!!!

Pendaftaran kursus bagi bulan SEPTEMBER 2019 untuk warga ASAJAYA, SAMARAHAN, SERIAN KUCHING & sekitarnya.

Kursus yang ditawarkan:
Kursus kemahiran Asas Pembuatan Manik & Aksesori

Yuran kursus ditanggung sepenuhnya‼
✅ sehelai t-shirt disediakan (percuma)
✅ sijil penyertaan disediakan

✔Syarat kelayakan
▪Terbuka kepada sesiapa sahaja
yang berminat

Tarikh: 12 & 13 September 2019
Masa: 08:00am- 04:00pm
Tempat : Tabuan Park, Kuching, Sarawak.

Untuk pendaftaran & pertanyaan,
boleh hubungi @ whatsapp:
www.wasap.my/60168556488/kursusteknikalkuching
www.wasap.my/601131929786/kursusteknikalkuching
www.wasap.my/60138000778/kursusteknikalkuching

⚠ Tarikh tutup pendaftaran:
10 SEPTEMBER 2019 (tempat adalah terhad)

Boleh kongsikan info ini kepada keluarga, kawan-kawan, kenalan & saudara anda yang berminat.

Rebutlah peluang yang sedia ada. Peluang mendapat latihan serta peluang meningkatkan kemahiran untuk kerjaya dalam bidang yang anda ceburi.

Comments